Friday, 9 November 2012

Contoh Suku Kata Tertutup

Contoh Suku Kata Terbuka

Cara Membezakan Suku kata Terbuka dan Suku kata Terbuka

Huruf akhir pada perkataan "terbuka" iaitu huruf "a" iaitu huruf vokal. Maka suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dengan huruf vokal. Huruf akhir pada perkataan "tertutup" iaitu huruf "p" iaitu huruf konsonan. Maka suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri dengan huruf konsonan.

Friday, 26 October 2012

Jenis-Jenis Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.
Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata
Suku kata Contoh
KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata Contoh
V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
VK + KV anda, unta, angsa
VK +  KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata Contoh
KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata Contoh
KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakakat
KVK+KV+V+KV sentiasa
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

Apa Itu Suku Kata

Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan. Contohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: sa dan yang. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus suku kata (selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).
Suku kata merupakan "bongkah binaan" fonologi perkataan yang boleh mempengaruhi irama, prosodi, meter puitis, corak tekanan dsb. dalam sesebuah bahasa.
Penulisan mengikut suku kata bermula beratus-ratus tahun sebelum terciptanya huruf-huruf terawal. Catatan suku kata terawal terdapat pada papan loh yang ditulis di kota Ur, Sumeria sekitar 2800 SM . Anjakan dari piktogram ke suku digelar 'kemajuan terpenting dalam sejarah penulisan.
Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.