Friday, 26 October 2012

Apa Itu Suku Kata

Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan. Contohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: sa dan yang. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus suku kata (selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).
Suku kata merupakan "bongkah binaan" fonologi perkataan yang boleh mempengaruhi irama, prosodi, meter puitis, corak tekanan dsb. dalam sesebuah bahasa.
Penulisan mengikut suku kata bermula beratus-ratus tahun sebelum terciptanya huruf-huruf terawal. Catatan suku kata terawal terdapat pada papan loh yang ditulis di kota Ur, Sumeria sekitar 2800 SM . Anjakan dari piktogram ke suku digelar 'kemajuan terpenting dalam sejarah penulisan.
Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.

3 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat. Teruskan usaha. ^^

    ReplyDelete
  2. saya dapat pengetahuan daripada blog kamu, terima kasih

    ReplyDelete